Saturday, August 14, 2010

Tragedi di bazar ramadhan jasin.

JASIN: “Saya dapat berita ada ribut dan kerana tidak sedap hati saya terus ke tempat ayah berniaga, namun ketika dalam perjalanan (ke pasar Ramadan) saya diberitahu ayah meninggal.”

Begitu kata Latip Abdul, 49, anak kepada seorang peniaga cendol, Abdul Omar, 73, dari Batu 15, Kampung Air Merbau, Bemban, yang maut akibat dihempap besi kaki khemah tempat dia berniaga di Pasar Ramadan Stadium Jasin, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 4.45 petang itu, dua peniaga dan seorang pengunjung pasar Ramadan berkenaan terbunuh, dua daripada mereka meninggal dunia di tempat kejadian, manakala seorang lagi beberapa jam selepas dimasukkan di hospital.

Abdul mati di tempat kejadian selepas ribut meranap dan menerbangkan keseluruhan 21 khemah besar peniaga di kawasan letak kereta di stadium berkenaan.

Pembantu gerai murtabak, Mahadi Muhammad, 39, dari Taman Maju, turut mati di tempat kejadian dipercayai terkena tapak besi kaki khemah yang diterbangkan ribut yang melanda hampir empat minit.

Pengunjung yang terbunuh dikenali sebagai Muhammad Wahab, 45, dari Kampung Rim, di sini, yang menghembuskan nafas terakhir di Hospital Melaka, kira-kira jam 7.15 malam. Kejadian itu mengakibatkan 17 lagi termasuk pengunjung cedera.



Menurut Latip, dia mendapat panggilan jam 5 petang memaklumkan kejadian ribut berlaku di tempat bapanya berniaga menyebabkannya bergegas ke tempat kejadian.

Katanya, sepanjang perjalanan dengan memandu bersendirian dari Ayer Merbau, angin bertiup kencang sehingga dia tiba di Taman Maju keadaan mula tenang

“Saya dapat panggilan daripada rakan mengatakan ayah meninggal dunia akibat ribut itu. Sejurus tiba di Pasar Ramadan itu hujan makin lebat dan saya terkejut apabila melihat semua khemah berterbangan serta makanan yang dijual berselerakan.

“Saya tidak menyangka kejadian ribut berlaku seteruk itu. Saya turun dari kereta dan pergi ke kawasan tempat ayah berniaga, namun diberitahu ayah dihantar ke hospital,” katanya ketika ditemui pemberita di Hospital Jasin, malam tadi.

Latip berkata, bapanya tidak menunjukkan sebarang perubahan sebelum kejadian itu kecuali sebelum ini dia beria-ia mahu berniaga cendol, biarpun ahli keluarga menasihatinya supaya tidak menjalankan perniagaan kerana usianya sudah tua dan tidak berapa sihat.

“Namun, arwah tetap mahu meneruskan perniagaannya di pasar Ramadan berkenaan,” katanya.

Sementara itu, Harian Metro difahamkan ketika kejadian, Abdul berada di sebuah gerai lain membeli makanan.

Namun, dia dihempap khemah besar yang menjadi tempat pelindung peniaga di situ ketika berlaku angin kencang.

Dalam pada itu, seorang lagi peniaga, Zarina Hassan, 33, yang juga majikan kepada Mahadi, berkata ketika kejadian dia dan Allahyarham membungkus murtabak apabila keadaan cuaca bertukar mendung, sebelum angin bertiup kencang lalu menerbangkan khemah di hadapan mereka berniaga.

Katanya, dia yang panik terus lari menyelamatkan diri dan mendengar Mahadi memanggil namanya, tetapi ketika itu berada di hadapan.

“Apabila menoleh saja ke belakang, saya lihat dia terlantar dengan kepala dan mulutnya berdarah.

“Saya amat terkejut serta takut. Dia tidak bercakap dan bergerak kerana keadaannya amat parah ketika itu,” katanya sambil memberitahu jenazah Allahyarham kemudian dibawa ke Hospital Jasin.

Peniaga, Mohd Abd Latip, 56, berkata sebelum kejadian angin bertiup dengan kencang sebanyak dua kali, namun tiupan terakhir terus menerbangkan semua khemah yang ada di pasar Ramadan itu sehinggakan empat daripadanya didakwa melayang setinggi tujuh meter menyamai ketinggian lampu limpah di stadium berhampiran.

“Saya amat takut ketika itu, dan kedengaran orang menjerit serta berlari lintang-pukang sambil dia menyelamatkan diri. Saya sempat melihat khemah itu diterbangkan begitu tinggi kerana angin bertiup sangat kencang ketika itu,” katanya .

Tragedi Bazar ramadhan Jasin 2010

Friday, August 13, 2010

Hari ini aku bengang !@#!@$$%#^& !!!

Hari jumaat , 13 Ogos 2010... bangun pagi, badan rase lemah semacam,, dari mlm semalam, da makan ubat da dua bijik..after sahur, bantai anime Naruto Shipudden.. last2 terus tertidur.. Bangun je tdo, ambik kau, hingus kat idung menutup rongga2 idung ku.. lalu aku pon bangun dengan mengejut, utk cari tuala, dan menghembus keluar semua hingus yg dah semlman terkumpul.. 

patut nye ade kelas, kul 9 pagi. aku burn ar kelas tu..
uhhh...

burn kelas, konon nye nak settle kan pasal zakat aku..
sbb aku masuk UKM ni, xdpt tajaan lagi.. sbb ptptn dah tutup da kalo nak apply.. so aku pegi la jabatan bendahari UKM.. pegi punya pegi.. hampa aku di situ.. dia ckp kena g pejabat kaunseling pulakk.. 
"kat mane? aku tanye dia."

kat PUSANIKA UKM kata dia..

aku pon dgn pakai beg biru ade logo ukm, " aku dpt masa aku 1st masuk U ni.. " pegi la ke pusanika..

nasib baik ade kete.. itu pon cuak2 lagi nk bawak kete. sbb rule kat U ni , budak 1st year xleh bwk keta,, kata nye xcukup parking.. aku pedulik apa.. 
hahahaha

da sampai pusanika.. g singgah kedai photostat jap.. copy document2 utk petang ni.. nak kena g MATRADE kat jln duta tu,, sbb xanta lagi document yg aku g test aritu...

pastu g la kedai buku nk beli envelop.. 
then

bla bla bla bla.....

masuk pejabat kaunseling...
pap pap pap..

settle..
tgl nk g chop ketua kampung je pastu anta SHAH ALAM...

lepas pusanika, aku gerak la g gombak dlu, kira on da way nk g MATRADE tu,, nak anta document.., 

tp, terlepas pegi bengkel kete kat area TMN SRI GOMBAK...
jam mase tu baru kul 2.30, semayang jumaat da burn da,,,
s0, budget2,,, time tu smpat la kot...

and THEN...
aku nk check aircond kete aku.. dah jadi heater dahh sbb bocor kata org tu...
dah check check and check...

dia bukak itu ini..... mula2 cooling coil.. dah bukak, xde boco.. masuk gas, boco lagi..

last2 aku tngu2 punye tunggu,, jam da kul 5 ptg.. aih ni da xsempat nk g MATRADE...
sekali org tu ckp...

"bang , compressor ni dah bocor jugak ni.. kena tukar baru,, " , aku tanye dia brapa? dlm 300- 500 jgk ni,,

GAMPANG ko..\
dah la,, bg jela bill yg tadi tu..
lain kali la aku tuka compressor tu. "

skali kira punya kira.. bill kena rm 70..
ai...

nak kata repair aircond... xsejuk jugak.. letak gas ke? mcm xde gas pon..
aii..

lepas byr aku pon blah dgn rasa bengang dan hampa,,
ye la...
kita byr untuk di repair..
tapi yg dapat sama je sblm di repair.. mau tak hampa... huh!
pengalaman2... xpe pasrah je la,, nasib baik puasa aku bertahan lagi.. kalo tak, dah lama aku pegi 7 eleven beli air twister oren. hahahah..

last2 nasib baik sempat hantar document2 tu kat MATRADE,, kul 5.30ptg..
then nak balik menghala ke Petaling jaya,,,
woiiiii,,, parah... jamm yg ter amat sgt,,

on the way tu, aku singgah la jap kat Tropicana City Mall..
beli air ngn makanan., takut2 tak smpat sampai umah.. then boleh makan dlm kete...


so.. jangkaan aku tepat.. aku berbuka puasa di dalam keta,, walaupon nak sampai umah dah..
aaahh..

pengalaman...
terindah..
indah la jugak.. 

__think positive shafik_

Wednesday, August 11, 2010

Hari ini bermula nya umat islam berpuasa.

Selamat berpuasa kepada smua umat islam di seluruh dunia.
smoga amal ibadah kita semua di berkati Allah S.W.T. dan di berikan nikmat ramadhan yg berlipat kali ganda..

Amin.,.

Tuesday, August 10, 2010

Dapat bergambar bersama Yunalis.

Lepas pergi jawab test kat matrade centre tu.. aku pon balik la ke rumah " kelana jaya " untuk lepak2 makan2..
Jam dah menunjukkan pukul 6.30ptg.. aku terlupa yg hari ni ada kelas malam kat UKM, punya lah menggelabah aku, pegi mandi makan sume.. aduh aduh...

pukul 7.15ptg, aku gerak nak gi UKM bangi.. drive punya drive, jam teruk pulak kat Lebuhraya Damansara Puchong(LDP) dekat tol sunway tu.. 
weh bertambah la aku nye gelabah.. lepas je tol tu.. aku pon memulakan aksi perlumbaan f1 aku dengan mengguna kan wira sedan standard aku.. broom...

drive punye drive, budak hostel aku ckp ada Yuna nk dtg perform kat UKM mlm ni.. fuh best.. tp kelas aku kul 8mlm... aku xsampai2 lagi UKM ni..
pecut lagi pecut lagi.. akhir nye sampai, terus gi kelas.. kelas 3 jam, 8 -11mlm.. mcm mane ni, melepas la nk tgk Yuna perform..

dah masuk kelas proff tu ckp.. "hari ni kelas smpai kul 9.29 je ek.. sbb ramai budak kat dlm kelas dah ckp kat proff yg diorg nk gi pesta konvo " bole plak mcm tu.. ceh..

dlm ati aku. "bgs bgs.. hahaha"

lepas kelas terus g ke DEWAN GEMILANG, di mana Yuna tgh perform..
pegi je dpt dgr 2 lagu je.. sbb dia nynyi 4 lagu.. dia start awal..huh..

xpe2 lps dia abis perform aku pon pegi la kejar dia belakang stage, nak bergambar.. 
akhirnye dpt gambar jgk.. hahaha...

thx kepada qayyum kerana rajin ikut aku nak follow Yuna.. hahaha

Rugi nye...

Petang tadi pegi matrade centre, sbb dpt jemputan utk pergi test jawatan penolong pegawai teknologi maklumat.
Pegi punye pegi, igtkan xpayah bawak pape.. then org tu mintak, salinan ic, sjiil2 dan lain lagi.. aduh aku pon mengelabah.. mane nak cari ni.. nasib baik dia kata bole hantar sblm 16 ogos ni.. huuu

tibe time utk jawab soalan yg di beri.

dengan xstudy apa2.. aku pon bukak kertas soalan.. dlm kepala otak ni, dah bygkan soalan2 dia mcm, tanye tentang negara ke, sapa sultan sekarang, sejarah negara ke..

sekali.. mak aih senang nye soalan dia...
aku dengan menggaru kepala menjawab ape yg aku tau je..

padahal sume aku tau >.< .. yg rugi nye aku lupa apa specific jwpn dia... aaaaaaa,,

mnyesal xsudah!!

moga2 apa yg aku jwb tu boleh di terima pakai oleh pihak pemeriksa... amiinnnn...

hu >.<

Monday, August 9, 2010

Man Utd : Ferguson still chasing German Ozil


LONDON: Manchester United manager Sir Alex Ferguson cast an eye over Germany midfielder Mesut Ozil in Werder Bremen's 5-1 friendly defeat against Fulham on Saturday.
Ferguson has claimed he is happy to give his youngsters a chance this season but the Scot, in London for yesterday's Community Shield clash with Chelsea, still turned up at Craven Cottage to look at potential transfer targets. The Scot has been linked with Ozil since his impressive displays for Germany at the World Cup, but he didn't have much opportunity to see the 21-year-old at his best as Fulham cruised home thanks to Zoltan Gera's hat-trick. Arsenal won an extraordinary friendly clash with Legia Warsaw in Poland as the Gunners came from 3-0 down to win 6-5. Marouane Chamakh began the comeback and Emmanuel Eboue scored twice in eight second-half minutes to draw Arsene Wenger's men level. Kieran Gibbs' effort put them in front but it took late goals from Jay Emmanuel-Thomas and Samir Nasri to ensure victory. Manchester City ended their pre-season programme on a high note with a 2-0 victory over Spanish visitors Valencia at Eastlands with Gareth Barry and Jo on target. Everton were beaten 2-0 by Steve McClaren's Wolfsburg in Germany despite a Tim Howard penalty save from Bosnian striker Edin Dzeko. Tottenham forward Robbie Keane scored twice to seal a 3-2 victory over Fiorentina at White Hart Lane. Harry Redknapp's men were behind until Keane took centrestage, grabbing an injury-time winner after Roman Pavlyuchenko also scored for the hosts. Mame Biram Diouf scored on his debut for Blackburn to give Sam Allardyce's men a 1-1 draw at Hearts. Diouf has moved to Ewood Park on loan from Manchester United and the Senegal Under-21 striker quickly made an impact after Suso Santana's deflected effort had given the Scots a first-half lead at Tynecastle. West Ham beat Deportivo Coruna on penalties, Pablo Barrera converting the winner for Avram Grant's men, who had finished goalless after 90 minutes. Birmingham lost their unbeaten record in pre-season as Emilio Nsue's second-half effort proved enough for Real Mallorca to win 1-0 at St Andrew's. It was not the way Ben Foster wanted to mark his home debut in the Blues goal, although fellow new boy Nikola Zigic did come close to an equaliser late on. Newcastle, back in the Premier League after a one-year absence, were beaten 2-1 by Scottish champions Rangers at Ibrox. Walter Smith's Rangers went ahead through Kenny Miller and Steven Naismith goals before Peter Lovenkrands got one back.

-- AFP

Volkswagen Beetle, Walaupon Tua tapi bergaya

MEMILIKI jentera yang tidak lapuk ditelan zaman terutama Volkswagen Beetle pasti menjadi kebanggaan kepada pemiliknya.

Apatah lagi bilangan kenderaan itu semakin berkurangan membuatkan nilai klasiknya lebih istimewa.

Tidak hairanlah apabila jentera berkenaan yang kian dimamah usia itu terus digilai peminat kenderaan klasik di negara ini.

Malah, jentera itu boleh diibaratkan 'laris' seperti pisang goreng panas jika ada yang menawarkan untuk dijual dan jarang dilihat ia tersadai menjadi besi buruk, reput atau diselimuti semak.

Volkswagen pada asalnya dikeluarkan di Wolfsburg, Jerman dengan enjin berbeza daripada kenderaan lain ketika itu kerana tidak menggunakan air sebagai penyejuk enjin.

Mengimbau nostalgianya, ia dicipta Ferdinand Porsche, individu sama yang menghasilkan kereta mewah berprestasi tinggi terhebat di dunia iaitu Porsche.

Kewujudan Beetle atau nama sebenarnya, Volkswagen Type 1 adalah kereta ekonomi yang dihasilkan pengeluar kereta Jerman, Volkswagen dari 1938 hingga 2003. Selain Type 1, ia turut dikenali dengan nama 1200, 1300 atau 1500 di Eropah merujuk kepada saiz enjinnya dalam sentimeter padu. Pada 1933, Adolf Hitler menghantar lakaran kepada Porsche bagi cadangan model 'kereta rakyat,' sebuah kereta asas yang mampu mengangkut dua penumpang dewasa dan tiga kanak-kanak pada kelajuan 100 kilometer sejam (km/j). Ketika Perang Dunia Kedua melanda, tiga model kenderaan prototaip terbabit hilang manakala yang terakhir ditemui pada 1945 sebelum serangan bom di Stuttgart, Jerman yang melenyapkan sama sekali model asal 'kereta rakyat' berkenaan. Selepas 1967, barulah Volkswagen dilahirkan semula dengan menggunakan nama 'Beetle' dan 'Bug' secara rasmi dan diterima ramai dalam masa yang singkat di Amerika Syarikat dan seluruh dunia.

Jadi tidak hairanlah bagi peminat setia kenderaan itu termasuk Kelab Volkswagen Klasik Selangor (KVKS), aktif mengadakan perjumpaan dan konvoi setiap hujung minggu.

Ahlinya yang mencecah 230 orang itu turut melakukan pelbagai aktiviti amal seperti perarakan Volkswagen Beetle meraikan pasangan raja sehari sekali gus memeriahkan majlis perkahwinan.

Setiausahanya, Indera Shahril Mohd Shahid berkata, kelab berkenaan sudah tiga tahun bertapak membabitkan jentera Volkswagen Beetle atau Kombi yang sudah diubah suai.

"Kami aktif melakukan pelbagai aktiviti termasuk berkonvoi ke selatan tanah air termasuk Johor Bahru dan turut mengadakan perjumpaan setiap minggu.

"Perjumpaan seperti ini banyak manfaat kepada peserta kerana dapat mengeratkan silaturahim antara ahli baru dan lama serta boleh berkongsi pengalaman mengendalikan atau membaiki jentera masing-masing," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui sebelum ahlinya melakukan perarakan Volkswagen untuk dua pasangan mempelai iaitu Mohd Firdaus Johari dan Siti Nur Amira Baharudin di majlis perkahwinan mereka, baru-baru ini.


Selain golongan lelaki, wanita turut meminati kereta klasik ini kerana mempunyai keunikan tersendiri.

Ini berikutan penuntut Jurusan Perakaunan Universiti Teknologi Mara (UiTM), Siti Nur Azillah Ismail, 22, turut memiliki jentera itu yang dibeli bapanya pada tahun lalu.



Filem porno 3D pertama mulakan pengambaran


HONG KONG: Sekumpulan penerbit filem Hong Kong sudah mula membuat penggambaran apa yang mereka dakwa filem porno 3D pertama dunia.

Filem memakan belanja RM10.24 juta itu. ‘3D Sex and Zen: Extreme Ecstasy,’ yang dijadualkan mula ditayang Mei tahun depan menarik minat beberapa syarikat pengedar filem Asia, Eropah dan Amerika Syarikat, lapor akhbar Sunday Morning Post, semalam. Filem yang yang berdasarkan sebuah cerita erotik China itu dibintangi oleh Yukiko Suo dan Saori Hara.

Penerbit, Stephen Shiu mengaku filem itu akan disekat daripada ditayangkan di tanah besar China, pasaran utama penerbit filem Hong Kong.


“Bagaimanapun, kami sudah hampir mencapai persetujuan dengan beberapa pasaran lain, termasuk Jepun, Korea Selatan dan negara Asia Tenggara,” katanya. - Agensi

Reff : http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Filemporno3Dpertamamulakanpenggambaran/Article

Rooney kena marah oleh Capello

LONDON - Jurulatih England, Fabio Capello menegaskan, Wayne Rooney akan diberi amaran berhubung kelakuan pemain itu selepas tersiar gambar penyerang itu sedang membuang air kecil dan merokok di tepi jalan ketika lewat malam.

Akhbar Britain yang menyiarkan gambar tersebut melaporkan, gambar Rooney, 24, dirakam pada pukul 5.30 pagi, Ahad lepas dan sewaktu itu pemain England itu sedang keluar dari sebuah bar di Manchester bersama rakan-rakannya.

Pemain Manchester United itu baru sahaja pulang daripada jelajah pra musim dan melanjutkan cutinya selepas berakhir Piala Dunia.

Capello berkata, Pengurus United, Alex Fergusan tentu tidak gembira dengan kelakuan pemain berkenaan.

Malah, Capello sendiri akan menasihati Rooney apabila menyertai skuad England menentang Hungary pada Rabu ini.

''Saya akan bercakap dengan Rooney untuk memberitahu dia apa yang dia lakukan adalah tidak betul,'' tegasnya. - AP