Monday, August 9, 2010

Rooney kena marah oleh Capello

LONDON - Jurulatih England, Fabio Capello menegaskan, Wayne Rooney akan diberi amaran berhubung kelakuan pemain itu selepas tersiar gambar penyerang itu sedang membuang air kecil dan merokok di tepi jalan ketika lewat malam.

Akhbar Britain yang menyiarkan gambar tersebut melaporkan, gambar Rooney, 24, dirakam pada pukul 5.30 pagi, Ahad lepas dan sewaktu itu pemain England itu sedang keluar dari sebuah bar di Manchester bersama rakan-rakannya.

Pemain Manchester United itu baru sahaja pulang daripada jelajah pra musim dan melanjutkan cutinya selepas berakhir Piala Dunia.

Capello berkata, Pengurus United, Alex Fergusan tentu tidak gembira dengan kelakuan pemain berkenaan.

Malah, Capello sendiri akan menasihati Rooney apabila menyertai skuad England menentang Hungary pada Rabu ini.

''Saya akan bercakap dengan Rooney untuk memberitahu dia apa yang dia lakukan adalah tidak betul,'' tegasnya. - AP

No comments:

Post a Comment