Monday, August 9, 2010

Sony lancarkan kamera 3D terkecil di dunia

SONY melancarkan dua kamera digital tiga dimensi (3D) terkecil di dunia menerusi Cybershot model DSC-TX9 dan DSC-WX5 yang merakam foto 3D menggunakan gabungan sistem lensa tunggal dan gerakan 'sweeping'.

Kedua-dua model terbabit menawarkan ciri Sweep Panorama 3D yang membolehkan anda merakam gambar panorama pada satu gerakan dua dalam satu.

Ia menghasilkan kelajuan kerangka berbeza yang disatukan menggunakan teknik pemprosesan inovatif secara automatik untuk menghasilkan panorama 3D.

Model DSC-TX9 memiliki resolusi skrin sesentuh 3.5 inci LCD 921k manakala DSC-WX5 ditetapkan dengan skrin LCD 2.8 inci.

Kesemua model itu mempunyai kualiti DSLR melalui mod Auto Superior yang mengurangkan kecacatan pada gambar dan memperluaskan liputan dinamik.


PRODUK: Sony Cybershot DSC-TX9 
HARGA: anggaran RM1,280 
RESOLUSI: 12.8 megapiksel 
SAIZ SKRIN: 3.5 inci
KELAJUAN SHUTTER: iAuto(2 - 1/1,600) 
LENSA: Carl Zeiss Vario-Tessar 
ZUM: 4x optikal 

SAMBUNGAN: HDMI, BRAVIA Sync, USB 2.0 
SLOT KAD: SD/SDHC/SDXC 
ISO : Auto / 125 / 200 / 400 / 800 / 1600 / 3200 
DIMENSI: 97.8 x 59.5 x 17.5mm 
BERAT: 149g 



PRODUK: Sony Cybershot DSC-WX5 
HARGA: anggaran RM960 
RESOLUSI: 12.2 megapiksel 
SAIZ SKRIN: 2.8 inci 
KELAJUAN SHUTTER: iAuto(2 - 1/1,600) 
LENSA: Carl Zeiss Vario-Tessar 
ZUM: 5x optikal 
SAMBUNGAN: HDMI, BRAVIA Sync, USB 2.0 
SLOT KAD: SD/SDHC/SDXC 
ISO : Auto / 125 / 200 / 400 / 800 / 1600 / 3200 
DIMENSI: 97.8 x 59.5 x 17.5mm 
BERAT: 149g


No comments:

Post a Comment