Tuesday, August 17, 2010

Doktor peribadi Jacko sedia serah diri kepada polis

LOS ANGELES: Doktor peribadi kepada Michael Jackson sedia menyerah diri kepada pihak berkuasa jika tuduhan ke atasnya difailkan kerana menyebabkan kematian raja pop itu, tahun lalu. 

Pihak penyiasat kemungkinan akan mendakwa Dr Conrad Murray kerana menyebabkan kematian kepada Michael kerana memberi dadah berlebihan beberapa jam sebelum Micheal ditemui mati. 

Murray tiba di Los Angeles, awal minggu ini bagi menguruskan hal peribadinya serta mengadakan perbincangan dengan pasukan peguamnya.

Murray yang kini berpusat di Houston tiba di California di tengah spekulasi media Amerika Syarikat bahawa Pejabat Pendakwaraya Daerah Los Angeles kini sedang menyiapkan dakwaan membunuh ke atas Murray. 

Peguam Murray memberitahu akhbar Los Angeles Times bahawa anak guamnnya itu sedia menyerahkan diri kepada pihak berkuasa. 

Malah, peguamnya berkata, Murray beberapa kali menyatakan beliau sedia disoal siasat oleh polis sejak kematian Michael, 25 Jun tahun lalu. - AFP

No comments:

Post a Comment